Mengenai Kami

Mukaddimah Syarikat

Pengenalan Lebih Terperinci Ben Ahmad Farm

Pengenalan Lebih

Terperinci

Ben Ahmad Farm

Ben Ahmad Farm Global Sdn. Bhd. (Ben Ahmad Farm) ialah sebuah ladang ternakan yang terletak di Muar, Johor, Malaysia yang diasaskan oleh En. Rafie bin Sulaiman. Ben Ahmad Farm telah beroperasi dalam sektor penternakan dan penghasilan daging segar semenjak tahun 2012. Dengan keluasan kira-kira 2 ekar, ladang Ben Ahamd Farm mampu menempatkan anggaran 300-350 ekor ternakan dalam sesuatu masa.

Ben Ahmad Farm mempunyai beberapa kakitangan yang profesional dan berpengalaman bagi sama-sama menerajui Ben Ahmad Farm dalam memantapkan dan meyeragamkan pengurusan operasi penternakan dan penghasilan daging segar di Ben Ahmad Farm. Dengan kerjasama semua kakitangan yang bertugas, Ben Ahamad Farm kini mampu bersaing secara agresif dan kondusif dalam kalangan syarikat perternakan yang sedia ada di Malaysia dalam sektor perternakan dan penghasilan daging segar.

Dalam perancangan untuk mengembangkan lagi sektor yang diceburi, Ben Ahmad Farm sedang memperluas produktiviti dengan mengeluarkan produk tenusu dari susu kambing & lembu pada masa akan datang. Ben Ahmad Farm juga sedang membina satu lagi kandang khas yang boleh memuatkan sekitar 1500 ekor kambing & lembu jenis tenusu bagi sejajar dengan perancangan tersebut. Ben Ahmad Farm juga merancang untuk melengkapi kandang kambing & lembu tenusu dengan segala teknologi dan fasiliti yang moden dalam memastikan penghasilan produk tenusu yang berkualiti.

Pengasas

Pemilik

Encik Rafie Bin Sulaiman

Encik Rafie

Bin Sulaiman

Ben Ahmad Farm diasaskan oleh En. Rafie bin Sulaiman semenjak tahun 2012. Dengan pengalaman dalam penjagaan kambing & lembu kira-kira 10 tahun En. Rafie kini lebih cenderung dan berminat untuk meluaskan lagi sektor penternakan di Malaysia. Dengan minat yang begitu mendalam dalam bidang penternakan, anak jati Johor yang dilahirkan pada 1 Mac 1977 ini mempunyai azam dan tekad yang kuat untuk mengembangkan lagi sektor penternakan yang di Ben Ahmad Farm sehingga dipandang dimata dunia.

Sebagai permulaan, Ben Ahamd Farm telah menyewa ladang swasta untuk menempatkan kesemua kambing & lembu miliknya, apabila usahanya membuahkan hasil, En. Rafie meneruskan hasratnya dengan membuka kandang kambing & lembu di Muar dengan berkeluasan 17 ekar untuk menempatkan kesemua kambing & lembu miliknya. Ben Ahmad Farm boleh menempatkan sebanyak 500-600 ekor kambing & lembu pada satu masa. Matlamat utama pembinaan Ben Ahmad Farm adalah untuk membekalkan daging kambing & lembu yang dijamin halal dan segar oleh muslim di seluruh Malaysia.

Visi & Misi

Matlamat Utama Menjayakan Ben Ahmad Farm

Matlamat Utama

Menjayakan

Ben Ahmad Farm

Visi & misi merupakan unsur utama perancangan strategik yang menetapkan hala tuju organisasi untuk mencapai kejayaan dalam jangka panjang. Visi & misi juga dijadikan panduan atau kayu ukur dalam pengurusan sesebuah organisasi. Dengan menerapkan visi & misi dalam pengurusan, Ben Ahmad Farm dapat menetapkan matlamat yang sejajar dan memberikan identiti yang unik serta menghasilkan produk yang berkualiti untuk para pelanggan.

Visi

Menjadi pengeluar daging kambing & lembu segar dan produk kambing & lembu tenusu yang dijamin halal dan berkualiti khusus dari Johor serta menjadi penganjur bagi aktiviti ilmiah berasaskan kambing & lembu.

Misi

Diiktiraf sebagai syarikat yang dipercayai dalam pengeluaran kambing & lembu dan daging kambing & lembu dari segi kualiti, kuantiti, keselamatan, keboleh-percayaan dan halal yang disokong oleh tenaga kerja yang berwibawa.

Bahagian

Operasi

Kakitangan

Bahagian Operasi Di Ben Ahmad Farm

Muhammad Fadley

Pengurus

Muhammad Faez

Penyelia Ladang

Abdul Jamal

Ketua Kerja Am

Saiful Izani

Pekerja Am

Muhammad Yusof

Pekerja Am
Tauliah Sembelihan

Diiktiraf Dengan Sijil Halal & Lesen Veterinar

Diiktiraf Dengan

Sijil Halal &

Lesen Veterinar

Bagi memastikan kelancaran pengurusan dalam sektor penternakan dan penghasilan daging segar, syarikat kami telah diiktiraf oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan sijil Halal. Perkara ini sejajar dengan visi kami dimana pihak kami amat memandang serius atas isu sensitif pelanggan Muslim dalam memastikan daging yang diterima adalah Halal, bersih dan berkualiti. Syarikat kami juga telah memperoleh lesen dari Jabatan Veterinar bagi proses penyembelihan dan penternakan. Oleh itu, semua pelanggan dan pembekal tidak perlu ragu-ragu untuk mendapatkan daging segar dari kami.

Sijil Halal

Sebagai syarikat pengeluaran produk bumiputera, kami amat menitik-beratkan akan isu halal. Perkara ini sejajar dengan pihak kami sedar akan kepentingan dan kewajiban isu sensitif ini bagi sesetengah pihak.

Lesen Veterinar

Selaras dengan visi dan misi Ben Ahmad Farm, dalam membentuk suatu syarikat yang dipercayai rumah sembelihan kami telah diiktiraf Sijil Veterinar (J00226) daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Servis

Kemudahan

Servis Untuk Penghantaran

Servis Untuk

Penghantaran

Syarikat kami menawarkan perkhidmatan penghantaran bagi pelanggan atau pembekal yang berminat untuk membeli daging segar dari kami. Bagi memastikan kelancaran pengurusan, Ben Ahmad Farm mempunyai beberapa buah pengangkutan yang digunakan untuk servis penghantaran.

Maklum Balas

Daging Lembu Yang Terbaik Di Johor

Daging Lembu

Yang Terbaik

Di Batu Pahat

Ben Ahamd Farm semestinya pembekal daging lembu yang terbaik! Isi daging lembu memang tebal dan sangat berkualiti! Memang setiap tahun beli di sini! Staf yang sangat membantu.

MUNIRAH, BATU PAHAT

Daging kambing dari Ben Ahmad Farm memang terbaik dan segar!

Fizul

Saya sangat berpuas hati dengan program Qurban di Ben Ahmad Farm.

Aina

Alhamdulillah dapat daging segar dan dijamin halal di Ben Ahamd Farm.

Anwar