Servis

Penghantaran

Kami Menyediakan Penghantaran Ke Seluruh Johor

Kami Menyediakan

Penghantaran

Ke Seluruh Johor

Syarikat kami menawarkan perkhidmatan penghantaran bagi pelanggan atau pembekal yang berminat untuk membeli daging segar dari kami. Bagi memastikan kelancaran pengurusan, Ben Ahmad Farm mempunyai beberapa buah pengangkutan yang digunakan untuk servis penghantaran. 

Semua tempahan daging akan dihantar pada semua pelanggan dari semua daerah dan kawasan liputan kami dengan cepat, selamat, segar dan bersih. Pelanggan juga boleh membuat tempahan dengan lebih awal untuk melicinkan proses penghantaran dan penjualan.

Kawasan

Kawasan

Kawasan Liputan Penghantaran

Kawasan Liputan

Penghantaran

Bagi melicinkan pengurusan penghantaran Ben, Ahmad Farm memfokuskan beberapa tempat dan bandar yang berdekatan untuk servis penghantaran. Jarak kilometer bagi servis penghantaran adalah kira-kira 80km daripada ladang kami.

Antara tempat yang sering menjadi liputan penghantaran ialah Rengit, Yong Peng, Semerah, Parit Sulong, Sri Gading, Parit Raja, Senggarang, Tongkang Pechah, Sri Medan dan Parit Yaani.

Bagi kawasan luar dari Muar, Johor, Ben Ahmad Farm juga turut menyediakan perkhidmatan penghantaran.  Hal ini berlaku sedemikian kerana, syarikat kami amat cakna dan mengambil berat akan semua tempahan yang dibuat oleh pelanggan kami biarpun dari luar kawasan Johor.

Antara tempat atau daerah yang menjadi kawasan liputan kami termasuk Johor Bahru, Kulai, Senai, Skudai, Pontian, Kota Tinggi, Kluang, Segamat dan Batu Pahat.

Kualiti

Servis Mengikut Prosedur Lengkap Yang Efektif & Efisyen

Servis Mengikut

Prosedur Lengkap

Yang Efektif & Efisyen

Daging akan dihantar ke semua kawasan yang terlibat dengan mengikut prosedur yang betul dan efisyen. Semua daging akan dihantar ke pelanggan pada hari dan masa yang dijanjikan. Pelanggan akan dihubungi terlebih dahulu dalam beberapa hari sebelum daging dihantar untuk memastikan keberadaan dan memudahkan tugas penghantaran.

Semua daging akan dipastikan dan diteliti dari segalas aspek termasuk kualiti, kesegaran, halal dan besih sebelum dihantar pada pelanggan. Hal ini berlaku sedemikian kerana, tahap puas hati pelanggan adalah keutamaan kami.

Tambahan pula, kami tidak memandang enteng akan segala aspek yang menjadi nilai teras perniagaan daging kambing & lembu kami.

Produk

Terkini

Produk Terkini

Produk - Produk Daging Segar Terkini Dari Ben Ahmad Farm

Jenis Produk: Daging Segar

Daging kambing & lembu segar dan bahagian dalaman kambing & lembu.

Tersedia

Jenis Produk: Daging Perap

Daging kambing & lembu perap yang lembut dan siap diperap.

Tersedia

Jenis Produk: Kambing

Kambing terdiri dari Baka Jamnapari, Boer, Bebiri Long Tail dan Santa Ines.

Tersedia

Jenis Produk: Lembu

Lembu terdiri dari Gred Premium, Gred A, Gred B dan Gred C.

Tersedia
Maklum Balas

Daging Kambing Ben Ahmad Amat Enak & Lazat

Daging Kambing

Ben Ahmad

Amat Enak & Lazat

Walaupun saya menetap jauh di bandar Kluang, Ben Ahmad Farm menghantar pesanan daging saya dengan pantas. Memang terbaik!

SOFEA, KLUANG

Daging kambing dari Ben Ahmad Farm memang terbaik dan segar!

Fizul

Saya sangat berpuas hati dengan program Qurban di Ben Ahmad Farm.

Aina

Alhamdulillah dapat daging segar dan dijamin halal di Ben Ahamd Farm.

Anwar