Program

Aqiqah

Al-Iqqah

Kami Bersama Menyempurnakan Aqiqah Untuk Anda

Kami Bersama

Menyempurnakan

Aqiqah Untuk Anda

Aqiqah menurut bahasa ialah ‘memotong’. Pada asalnya ia merujuk pada rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya, rambut itu dinamakan aqiqah kerana ianya harus dipotong (dicukur).

Menurut istilah pula aqiqah ialah haiwan yang disembelih untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan aqiqah adalah kerana haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut kepala bayi itu. Produk utama untuk program aqiqah kami adalah kambing hidup, korban atau kenduri-kendara. Ia terdiri daripada Kambing Biri-biri, Kambing Jamnapari dan Kambing Boer.

Hikmah Aqiqah

Kebaikan dan Hikmah Ibadah Aqiqah Pada Syariat Islam

Kebaikan dan Hikmah

Ibadah Aqiqah

Pada Syariat Islam

Hikmah di sebalik pelaksanaan ibadah aqiqah itu sangat banyak, hanya Allah yang mengetahuinya, akan tetapi ulama telah menggariskan beberapa hikmah yang dapat difahami, antaranya:

Pertama, aqiqah itu merupakan suatu ibadah yang bertujuan mendekatkan diri anak kepada Allah SWT dari peringkat awal lagi.

Kedua,sebagai fidyah (tebusan) untuk menebus diri anak dari segala mara bahaya dan bala bencana, sebagaimana Allah telah menebus Nabi Ismail dengan seekor kibas.

Ketiga, sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran atas kurniaan anak dan nikmat rezeki.

Keempat, mengukuhkan lagi pertalian kekeluargaan dan hidup bermasyarakat melalui jamuan dan agihan lauk daripada daging aqiqah.

Kelima, ibadah aqiqah juga dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan ganjaran di sisi Allah pada hari kiamat.

Qurban

Al-Qurbani

Raih Pahala Dari Ibadah Qurban

Raih Pahala Dari

Ibadah Qurban

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah SWT. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

Kami menyediakan Pakej Korban untuk tempahan pelanggan. Untuk pertanyaan pakej dan harga, pelanggan boleh menghubungi kami menerusi talian yang tertera pada halaman hubungi, atau pelanggan juga boleh menghantar pesanan whatsapp kepada kami. Selain tu, pelanggan juga boleh menghubungi kami menerusi borang yang terdapat pada laman sesawang kami. 

Hikmah Qurban

Antara Kebaikan Ibadah Qurban Menurut Islam

Antara Kebaikan

Ibadah Qurban

Menurut Islam

Sebagai seorang muslim sejati, semua sedia maklum akan kebaikan dan fadhilat ibadah qurban dalam kehidupan. Antara kebaikan dan hikmah mengerjakan ibadah qurban adalah dapat menambah amal kebajikan.

Seterusnya, mendapatkan keampunan bagi menebus dosa yang lalu. Selain itu, mendapat tempat yang mulia di sisi Allah. Dengan mengerjakan ibadah qurban juga kita akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.

Aktiviti

Lawatan Sambil Belajar

Program Lawatan Kambing & Lembu Fidlot

Program Lawatan

Kambing & Lembu Fidlot

Ben Ahmad Farm juga mengakan satu program baru untuk mendekatkan dan merapatkan bidang peternakan dengan orang ramai. Program Penjagaan kambing & lembu telah di mulakan di Ben Ahmad Farm pada tahun 2021. Program ini boleh di sertai orang orang awam. Objektif utama program ini adalah memfokuskan pada pelajar tahfiz dan sekolah untuk turun padang bersama sama belajar cara penjagaan kambing & lembu.

Tambahan pula, penjagaan kambing & lembu adalah salah satu tugas para anbiya pada zaman terdahulu. Dengan menjalankan program ini, pihak Ben Ahmad Farm mengharapkan dapat membuat anjakan paradigma terhadap sektor penternakan dan penjagaan kambing & lembu pada semua golongan.

Hikmah Aktiviti

Kebaikan Dan Hikmah Program Belajar Penjagaan Kambing & Lembu

Kebaikan dan Hikmah

Program Belajar

Penjagaan Kambing & Lembu

Antara kebaikan dan hikmah program penjagaan kambing & lembu ialah dapat menghidupkan sunnah dan perkerjaan zaman anbiya terdahulu. Seterusnya, dapat membuka mata dan menjadi batu loncatan untuk semua golongan akan kepentingan ilmu dalam bidang penternakan. Program ini juga, dapat mendekatkan dan merapatkan hubungan antara pihak Ben Ahmad Farm dengan orang awam.